Wednesday, September 18, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sungmin timang anak pertama lepas 10 tahun menunggu

    Selepas 10 tahun berkahwin, ahli kumpulan Super Junior iaitu Sungmin dan isteri Kim Sa Eun dikurniakan anak pertama.

    Berita gembira itu disahkan oleh agensi naungan Sungmin iaitu SM Entertainment pada Jumaat lalu.

    “Pasangan ini menyambut kelahiran anak lelaki,” kata agensi menerusi satu kenyataan.

    Pada Julai lalu, Sungmin berkongsi berita mengenai kehamilan isterinya itu.

    Kata Sungmin, dia bersyukur kerana penantian mereka untuk memiliki cahaya mata akhirnya bakal terlaksana. Untuk rekod, Sungmin dan Kim Sa Eun berkahwin pada tahun 2014.

    Sungmin kini berusia 38 tahun dan isterinya pula 39 tahun. – Agensi

    Sungmin gembira akhirnya sudah menimang cahaya mata sulung. -mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda