Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sunnah menjaga wudhu

    Sambungan minggu lepas

    Banyak faedah dan pengajaran yang dapat diambil daripada hadits ini, antaranya:

    1. Mendirikan sembahyang sunat dua rakaat selepas azan.
    2. Memelihara wudhu dan menjaganya daripada batal.
    3. Bersegera untuk berwudhu jika batal wudhu.
    4. Anjuran untuk melakukan sembahyang sunat wudhu selepas berwudhu.
    5. Anjuran untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa dalam keadaan yang suci.

    Sebagai kesimpulan, menjaga wudhu dan memeliharanya daripada terbatal hukumnya sunat, sehingga sebelum tidur pun kita dianjurkan untuk sentiasa dalam keadaan suci dan berwudhu. Oleh itu, biasakanlah diri untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu, dan melakukan wudhu setiap kali batal, serta mengamalkan sembahyang sunat wudhu.

    Tidaklah rugi untuk menjaga wudhu itu, malahan amalan tersebut mempunyai kelebihan yang besar.

    Ini kerana dengan menjaga wudhu, kita tergolong dalam golongan orang-orang yang suci, dan Allah Subhanahu wa Ta‘ala sangat mencintai orang-orang yang sentiasa dalam keadaan suci.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda