Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Suns atasi Dallas, heat jinakkan sixers

    MIAMI, 3 MEI – Deandre Ayton menjaringkan 25 mata ketika pilihan utama Phoenix mengatasi Luka Doncic dan Dallas Mavericks kelmarin manakala Miami memanfaatkan ketiadaan Joel Embiid untuk mengalahkan Philadelphia dalam play-off NBA.

    Doncic mendahului jaringan dengan 45 mata tertinggi dalam perlawanan itu tetapi ia tidak cukup untuk menghalang Phoenix meraih kemenangan 121-114 dalam perlawanan pembukaan siri separuh akhir tujuh terbaik Western Conference.

    Ayton merembat 12 daripada 20 percubaan dari gelanggang untuk Phoenix manakala Devin Booker menambah serangan dengan 23 mata, sembilan rebound dan lapan assist.

    Chris Paul menyumbangkan 19 mata dan Cameron Johnson menambah 17 mata dari bangku simpanan apabila enam pemain Suns mencatatkan dua angka bagi jumlah mata yang diperoleh.

    Phoenix telah bangkit daripada perlawanan untuk mendahului 10 mata pada penghujung suku pertama dan melonjak ke kedudukan 69-56 pada masa rehat.

    Aksi Luka Doncic dari Dallas Mavericks (kiri) semasa menjaringkan mata menentang Deandre Ayton. – AFP

    Mereka mendahului sebanyak 21 mata pada suku terakhir perlawanan sebelum serangan lewat yang hebat dimulakan oleh Doncic menyaksikan Dallas mengutip lima mata pada saat-saat akhir perlawanan.

    Bagaimanapun, rali Mavs akhirnya menemui kegagalan, meninggalkan Phoenix 1-0 sebelum perlawanan kedua pada Rabu nanti.

    Sementara itu, Tyler Herro bantu Heat menjaringkan 25 mata dari bangku simpanan ketika Miami Heat menepis kekalahan Philadelphia 76ers 106-92 dalam siri perlawanan pembukaan Eastern Conference mereka.

    Persediaan Philadelphia terjejas Jumaat lalu selepas bintang utama Embiid telah disahkan mengalami patah tulang orbit dan konkusi dalam siri pusingan pertama Sixers menentang Toronto Khamis lalu.

    Ketiadaan Embiid amat terkesan di Arena FTX Miami kelmarin apabila Heat mengatasi Sixers 56-41 pada separuh masa kedua.

    Herro mendahului jaringan untuk Miami walaupun bermula di bangku simpanan, merembat 9 daripada 17 dari padang termasuk empat three-point dengan tujuh assist.

    Tobias Harris memimpin jaringan Philadelphia dengan 27 mata, manakala Tyrese Maxey menambah 19 mata dan James Harden 16 mata.

    Perlawanan kedua dalam siri ini berlangsung di Miami Rabu nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...