Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Suns belasah Pacers, raih enam kemenangan berturut-turut

    LOS ANGELES, 23 JAN – Mikal Bridges memperoleh 23 mata tertinggi untuk pasukannya dan Chris Paul mengakhiri perlawanan dengan 18 mata dan 16 assist ketika Phoenix Suns menewaskan Indian Pacers untuk kemenangan keenam berturut-turut mereka kelmarin.

    Bismack Biyombo memperoleh 21 mata untuk The Phoenix, yang telah memenangi lima perlawanan berturut-turut sebelum berdepan dengan pasukan Pacers di gelanggang sendiri. The Suns juga telah memenangi sembilan daripada 10 perlawanan terakhir mereka.

    Penjaring terbanyak Devin Booker menamatkan perlawanan dengan hanya 11 mata ketika pemain sokongan Suns meningkat prestasi kelmarin.

    “Itulah yang menjadikan kami pasukan yang cukup bagus,” kata Bridges. “Semua orang boleh bermain. Kami hanya membantu satu sama lain dan kami tidak mementingkan diri sendiri. Kami bermain untuk satu sama lain dan saling melengkapi.”

    Chris Duarte dan Lance Stephenson masing-masing memperoleh 17 mata untuk The Pacers dan Goga Bitadze menambah 16 mata dan 11 rebound, tetapi Pacers yang kekurangan pemain tidak dapat menyamai usaha mereka seperti dua malam sebelumnya apabila menewaskan Golden State Warriors. – AFP

    Aksi Bismack Biyombo melompat untuk menghalang jaringan penyerang Pacers, Oshae Brissett semasa separuh masa pertama perlawanan NBA, 22 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...