Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Suns berjaya benam Mavericks 109-101

    DALLAS, 21 JAN – Devin Booker memperoleh 28 mata, Chris Paul pula memperoleh 20 mata dan 11 assist, dan memberi kemenangan untuk Phoenix Suns ke atas Dallas Mavericks 109-101 pada malam kelmarin.

    Dalam pertembungan dua pasukan pilihan NBA, Phoenix dengan mata 35-9 menamatkan musim itu, perjalanan lima perlawanan dan memenangi sembilan kali berturut-turut menentang Mavericks dengan mengatasi Dallas 35-19 pada suku keempat. Paul memperoleh 10 mata pada suku keempat tersebut.

    “Chris tahu bila masa untuk beraksi,” kata jurulatih Dallas, Jason Kidd. “Dia menunjukkannya lagi semasa suku keempat.”

    Luka Doncic memperoleh 28 mata, Jalen Brunson menambah sebanyak 19 mata dan Kristaps Porzingis memperoleh 18 mata dan 11 rebound untuk Mavericks (28-20), yang telah memenangi empat perlawanan berturut-turut serta 10 daripada 11 perlawanan mereka.

    “Itu adalah pasukan yang telah bermain di sepanjang musim,” ujar jurulatih Suns, Monty Williams. “Menewaskan mereka di laman mereka sendiri adalah sesuatu yang hebat.”

    Selepas Mikal Bridges memberi Phoenix mendahului 101-99 dengan berbaki 2:56 minit, Bismack Biyombo hanya bermain dalam perlawanan ketujuhnya musim ini selepas menyertai pasukan Suns pada bulan ini, berikutan dengan lontaran percumanya dengan dunk memberikan Phoenix mendahului 104-99. Jaringan three-point daripada Paul, dengan hanya 19 saat telah meletakkan Suns mendahului 107-99.

    Doncic memperoleh 24 mata menerusi suku ketiga perlawanan, memberikannya 20 atau lebih mata dalam sembilan perlawanan berturut-turut tetapi diketepikan di penghujung suku selepas lehernya cedera kerana terjatuh. Dia bermain selama lapan minit semasa suku keempat, menjaringkan dua daripada tiga percubaan dari belakang lengkungan gelanggang. – AP

    Aksi Devin Booker melepasi penyerang Dallas Mavericks, Dwight Powell semasa separuh masa pertama perlawanan NBA, 20 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...