LOS ANGELES, 31 MEI – Chris Paul mengatasi kecederaan bahu dan Jae Crowder bangkit dari aksi kurang memuaskan di playoff kelmarin ketika Phoenix Suns meraih kemenangan 100-92 ke atas Los Angeles Lakers, yang kehilangan Anthony Davis disebabkan kecederaan.
Paul menjaringkan 18 mata dan sembilan assist, sementara Crowder menambah 17 mata dan enam pemain lain menamatkan perlawanan dengan jaringan dua angka untuk The Suns, yang kembali menyamakan kedudukan 2-2 di siri playoff Western Conference menentang juara bertahan NBA.
Paul terpaksa merayu kepada kakitangan jurulatih untuk bermain dan langkah tersebut membuahkan hasil apabila dia beraksi di tahap terbaik pada siri pusingan pertama selepas kecede-raan bagi pada perlawanan pertama.
Paul berkata jurulatih Suns, Monty Williams hanya akan membiarkan dia memanaskan bangku simpanan, tetapi Paul berkata, “Berikan saya beberapa minit untuk bermain, lihat apa yang saya mampu lakukan.”
“Dia berkata, ‘Biarkan saya bermain, dan jika anda tidak rasa saya seperti normal, baru anda keluarkan saya dan kita terpaksa bergerak dalam arah yang berbeza,” kata Williams. “Ini adalah salah satu situasi di mana saya menaruh kepercayaan terhadap pemain.”
Crowder turut bermain perlawanan terbaiknya setakat ini, menjaringkan 17 mata iaitu jumlah yang sama pernah dijaringkannya dalam perlawanan kedua dan ketiga dikumpulkan. Dia meraih tujuh rebound di hadapan 8,000 orang penyokong yang dihadkan di Staples Center. – AFP
