Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suns kecewakan Pacers

    LOS ANGELES, 14 NOV – Devin Booker dan Dillon Brooks dari Phoenix Suns berjaya mengumpul 65 mata apabila Suns menjadi pasukan NBA terbaharu menewaskan Indiana Pacers kelmarin, dengan kemenangan 133-98.

    Pacers, yang tewas kepada Oklahoma City Thunder dalam Final NBA musim lalu, terus bergelut dengan kecederaan pemain termasuk yang dialami oleh Tyrese Haliburton dalam siri kejuaraan Jun lalu.

    Haliburton dijangka terlepas keseluruhan musim dan Pacers juga kehilangan Obi Toppin, Bennedict Mathurin, Quenton Jackson dan Kam Jones yang cedera serta Cody Martin yang sakit.

    Pacers tewas enam kali berturut-turut sejak kemenangan tunggal mereka musim ini pada 1 November. Dengan rekod 1-11, mereka terikat dengan rekod terburuk dalam liga dengan Washington Wizards.

    Kekalahan 35 mata kelmarin adalah kekalahan paling teruk mereka musim ini.

    Sementara itu, Suns mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut untuk memperbaiki rekod kepada 8-5, ketujuh dalam Western Conference.

    Ia merupakan satu pencapaian yang menggalakkan bagi pasukan yang melancarkan fasa pembinaan semula sebelum musim dengan pertukaran Kevin Durant dan Bradley Beal serta
    pengambilan jurulatih tahun pertama, Jordan Ott.

    Kelmarin, Booker menjaringkan 33 mata, Brooks menambah 32 mata dan Suns mendahului sebanyak 46 mata.

    Oso Ighodaro masuk dari bangku simpanan untuk menambah 17 mata, tujuh rebound dan tiga block. – AFP

    Aksi Booker (kiri) mendorong bola sambil disaingi oleh Ben Sheppard semasa perlawanan NBA di Mortgage Matchup Center pada 13 November di Phoenix, Arizona. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda