Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suntikan antara vaksin dipercepat mungkin akibatkan gejala tak diingini

    BANGKOK, 21 JAN – Seorang pakar virus memberi amaran suntikan vaksin COVID-19 yang berterusan boleh mengakibatkan gejala tidak diingini jika diberikan terlalu awal dari tempoh waktu yang disarankan.

    Menurut agensi berita Thailand (TNA), Prof Dr Yong Poovorawan, ketua Pusat Kecemerlangan Virologi Klinikal di Universiti Chulalongkorn, berkata demikian menerusi hantaran di Facebook.

    Beliau berkata demikian selepas ramai bertanya mengenai dos vaksin COVID-19 yang tepat dan sesetengah daripada mereka mengakui telah menerima lima suntikan vaksin COVID-19 yang terdiri daripada dua suntikan pertama vaksin Sinovac, diikuti satu suntikan AstraZeneca dan dua suntikan Moderna.

    Bagi memastikan mereka mudah faham, Prof Dr Yong menggunakan perumpamaan vaksinasi yang betul seperti mengisi penuh sebiji gelas dengan air. Bagi menghadapi COVID-19, orang ramai harus bermula dengan dua suntikan awal, diikuti dengan suntikan penggalak, dan itu menjadikan satu gelas air yang penuh, katanya.

    Suntikan dos keempat dan kelima dalam masa yang singkat akan menyebabkan air “melimpah”, katanya. 

    Beliau mengesyorkan dos keempat harus diberikan dalam tempoh 3-6 bulan selepas individu berkenaan menerima suntikan ketiga.

    Sementara itu, vaksin yang sangat berkesan seperti mRNA harus disuntik dalam tempoh enam bulan selepas suntikan sebelumnya. 

    Meskipun individu tidak terlebih dos vaksin, mereka boleh mengalami gejala yang tidak diingini, kata Prof Dr Yong. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda