Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suntikan vaksin tanggungjawab bersama

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Orang ramai di negara ini disarankan untuk terus menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama segera mengambil suntikan vaksin sepenuhnya berserta dos penggalak terutamanya bagi mereka yang belum berbuat demikian demi mengurangkan risiko dan gejala jangkitan yang lebih teruk.

    “Jika kita membandingkan jumlah kes kematian disebabkan jangkitan COVID di negara ini dengan negara-negara jiran di rantau ini, kita masih berada di tahap yang rendah.

    “Baru-baru ini, kita menyaksikan sembilan kes kematian di mana dua kes disebabkan jangkitan COVID dan mereka yang tidak pernah menerima suntikan vaksin manakala tujuh kes lagi disebabkan masalah kesihatan yang lain,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Tambahnya, dalam usaha mengurangkan gejala jangkitan yang lebih teruk sehingga membawa kepada kematian sama ada disebabkan jangkitan COVID atau sebaliknya maka adalah sewajarnya sentiasa mengamalkan gaya kehidupan yang sihat dari semasa ke semasa termasuklah pengambilan suntikan vaksin sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

    Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa lebih kurang 2,800 kit ujian pantas antigen (ART) sama ada yang telah mahu pun bakal diedarkan kepada seluruh penduduk di negara ini yang tersenarai di bawah Skim Kebajikan Negara (SKN) pada masa ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda