Dunia hiburan Kpop kecoh selepas anggota kumpulan The Boyz iaitu Sunwoo diserang peminat kurang siuman semasa berada di kediamannya.
Dalam laporan itu, Sunwoo atau Kim Sunwoo, 24, dilaporkan telah dipukul berulang kali semasa cuba menahan individu tersebut daripada melarikan diri.
“Pada 9 November, satu insiden berlaku di mana seorang peminat fanatik bersembunyi di ruang tangga dan mendekati Sunwoo yang sedang menuju ke asrama.
“Sunwoo dipukul berulang kali yang dianggap serangan peribadi semasa menunggu bantuan kakitangan.
“Sunwoo dan kakitangan kami yang terlibat dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian itu” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan The Boyz iaitu IST Entertainment menerusi laman Kbizoom.
Sementara itu, agensi memaklumkan mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terlibat dalam aktiviti yang boleh membahayakan artis naungan mereka.
“Kami telah melakukan pelbagai tindakan undang-undang termasuk kedatangan ke kediaman artis tanpa kebenaran, gangguan kehidupan peribadi artis, gangguan jadual peribadi artis, penyebaran berita palsu dan cubaan mencederakan artis,” ujarnya.
The Boyz dilaporkan akan meninggalkan syarikat pengurusan IST Entertainment selepas kontrak tamat dan bakal berpindah ke One Hundred. – Agensi