Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sunye lebih selesa bersalin di rumah

    BEKAS anggota kumpulan Wonder Girls, Sunye lebih selesa melahirkan anak di rumah berbanding di hospital.

    Sunye mendedahkan perkara itu menerusi rancangan berjudul Stranger yang bersiaran baru-baru ini.

    “Saya tidak biasa dengan keadaan persekitaran di Kanada dan saya tidak mahu melahirkan anak di hospital yang saya tidak berapa biasa.

    “Jadi perkara itu membuatkan saya lebih selesa untuk bersalin di rumah sendiri,” katanya yang kini menetap di negara berkenaan.

    Sunye berkahwin dengan usahawan bernama James Park pada 2013 dan telah melahirkan dua anaknya, Park Eun Yoo, 5, dan Elisha, 2, di rumahnya.

    Sunye mengakui lebih selesa untuk melahirkan anak di rumah berbanding di hospital.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda