Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Supa Strikas FC mengungguli kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala Dirgahayu 2025 Bawah 17 Tahun (B-17) selepas berjaya mengalahkan PKT FC pada perlawanan akhir di Padang dan Belapan, Berakas, kelmarin. Kejayaan cemerlang pasukan dari Daerah Tutong itu disambut penuh gemilang dengan kejayaan menyapu hampir keseluruhan