Super Junior telah membuat sumbangan untuk membantu langkah-langkah mencegah penyebaran koronavirus.
Pada 29 Januari lalu, kumpulan itu menyumbangkan 10,000 topeng kepada Perbadanan Perlindungan Korea (CCK) untuk diberikan kepada badan-nadam kebajikan kanak-kanak dan remaja Korea, akibat penyebaran wabak koronavirus.
Pemberian kepada kanak-kanak dan remaja adalah kerana mereka merupakan salah satu kumpulan demografi yang paling mudah terkena jangkitan.
Super Junior membuat kemunculan semula pada 28 Januari lalu, dan mereka memutuskan untuk menangguhkan rakaman kemunculan semula mereka ‘Super Junior The Stage’ secara peribadi kerana kebimbangan mengenai penyebaran koronavirus.
Album terbaharu Super Junior yang diperbaharui ‘Timeless’ merangkumi lagu yang bertajuk ‘2YA2YAO!’ yang dihasilkan oleh Zico. – Agensi
