Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Super squad lancar musim baharu

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Super Squad hari ini secara rasmi telah mengadakan majlis pelancaran musim baharu mulai Julai hingga September 2022 di Kompleks Sukan UBD di Tungku Link.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz.

    Ketua Pegawai Eksekutif Super Squad, Faezal Murni berkata bahawa platform bola sepak dalam talian itu pada mulanya diperkenalkan pada 2018 sebagai musim percubaan dan mula dilancarkan secara rasmi pada awal 2019.

    “Alhamdulillah, setakat ini, pada penghujung tahun 2019 kami telah berjaya menjalin-kan kerjasama dengan Tourism Malaysia dan menyaksikan pelancaran platform kami di Kota Kinabalu. Acara tersebut dinamakan Kejohanan Super Borneo,” ujar beliau.

    Sehingga kini, Super Squad telah menganjurkan lebih daripada 3,500 perlawanan dan mempunyai lebih 5,000 orang pemain aktif baru-baru ini.

    YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz bergambar ramai semasa majlis pelancaran musim baharu Super Squad kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda