Monday, December 23, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Superstrikers Jr muncul juara bola sepak TDAFA

    TUTONG, 23 DIS – Lapan buah pasukan telah beraksi untuk merebut gelaran juara dalam kejohanan bola sepak 9 orang sepasukan bawah umur 18 tahun yang berlangsung di Daerah Tutong, kelmarin.

    Kejohanan anjuran Persatuan Bola sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) menyaksikan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bermain secara round robin untuk menentukan juara kejohanan.

    Dalam kejohanan berkenaan, pasukan Superstrikers JR muncul sebagai juara diikuti oleh Pasukan PKT FT di tempat kedua dan Pasukan Superstrikers FT di tempat ketiga.

    Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Presiden TDAFA, Haji Takong bin Ahmad. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden TDAFA, Awang Bujang bin Haji Japar; Setiausaha Agung TDAFA, Awang Matusin bin Sumpong serta ahli-ahli jawatankuasa TDAFA.

    Kejohanan anjuran TDAFA itu, merupakan projek tahunan persatuan untuk memilih pemain-pemain yang berbakat untuk mewakili Daerah Tutong bawah umur 18 tahun dan 19 tahun dalam kejohanan bola sepak.

    Haji Takong bergambar ramai dengan para pemenang dalam kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN TDAFA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda