Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Surat berisi bom meletup, 1 cedera

    PARIS, 16 Mac – Sepucuk surat berisi bom meletup di pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Paris hari ini, mencederakan seorang setiausaha yang mengalami cedera terbakar di tangan dan wajahnya, kata polis.

    Semua kakitangan telah dipindahkan dari bangunan berhampiran monumen Arc de Triomphe di tengah bandar ‘sebagai langkah berjaga-jaga’ selepas letupan awal pagi itu, kata sumber polis.

    Ketua IMF, Christine Lagarde mengecamnya sebagai ‘tindakan keganasan yang pengecut’.

    Dia menegaskan semula ‘resolusi IMF untuk meneruskan kerja kami sejajar dengan mandat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

    “Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Perancis untuk menyiasat insiden itu dan memastikan keselamatan kakitangan kami.”

    Pegawai polis Perancis mengawal di tempat kejadian berhampiran pejabat IMF Paris pada 16 Mac. – AFP
    Pegawai polis Perancis mengawal di tempat kejadian berhampiran pejabat IMF Paris pada 16 Mac. – AFP

    Presiden Perancis, Francois Hollande menggelarnya satu ‘serangan’, berkata ia menunjukkan bahawa ‘kami masih lagi jadi sasaran’.

    Mangsa, seorang setiausaha bagi seorang pengurus kanan, telah mengalami kecederaan terbakar ringan akibat letupan yang mungkin disebabkan oleh mercun, sumber polis memberitahu AFP, meminta tidak dinamakan.

    Polis bersenjata dan askar dilihat sedang mengawal kawasan sekitar pejabat IMF. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda