Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Surenjav juara paralimpik wanita pertama Mongolia

    PARIS, 30 OGOS – Ulambayar Surenjav dari Mongolia memenangi pingat emas dalam acara taekwondo para dalam kategori Wanita K44-52kg di Sukan Paralimpik Paris 2024, menewaskan Zahra Rahimi dari Iran dengan skor 5-2 dalam perlawanan akhir kelmarin.

    Kemenangan Surenjav menandakan kali pertama seorang atlet wanita dari Mongolia memenangi pingat emas Paralimpik. Ia juga merupakan pingat emas ketiga dan pingat kelima keseluruhan dalam sejarah Paralimpik Mongolia.

    Dambadondog Baatarjav memenangi emas Paralimpik pertama Mongolia dalam acara Recurve Lelaki Perseorangan di Beijing 2008, dan atlet angkat berat Enkhbayar Sodnompiljee memenangi emas kedua negara itu dalam kategori Lelaki 107kg di Tokyo 2020, dengan rekod Paralimpik baharu 245kg.

    Dalam pada itu, pingat perak Rahimi adalah pingat pertama untuk Iran di Paralimpik Paris. Manakala Meryem Betul Cavdar dari Turkiye dan Ana Japaridze dari Georgia berkongsi pingat gangsa. – Xinhua

    Ulambayar dilihat semasa majlis penganugerahan pingat selepas acara taekwondo para dalam kategori Wanita K44-52kg diadakan di Paris, Perancis, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda