JIYEH, Lubnan – Ali Kassem tidak pernah melihat laut sebelum beliau melarikan diri dari kampung halamannya di Syria. Namun kini beliau sudah menjadi terbiasa dengan gelombang laut dan mempunyai cita-cita untuk menubuhkan sebuah sekolah luncurnya sendiri.
Dengan berpakaian sut basah berwarna ungu, remaja lelaki berusia 17 tahun itu kelihatan menguatkan papan luncurnya itu dengan lilin dan menggunakan krim pelindung matahari di wajahnya sebelum menuju ke laut. Beliau semakin tidak kelihatan apabila beberapa gelombang ombak mengenai beliau dan semakin menjauh seolah-oleh beliau menuju ke ufuk.
“Apabila saya berada di papan luncur saya, saya merasa bebas. Saya merasa seperti dalam suasana kehidupan lain,” kata remaja itu yang tersipu malu semasa berada di sebuah pantai di Jiyeh, 30 kilometer di selatan Beirut.
Kassem berasal dari bandar Aleppo, dan menyatakan bahawa beliau hanya mempunyai ingatan yang sedikit semasa waktu zaman kanak-kanaknya di Syria. Ayahnya telah bekerja di Jiyeh selama 25 tahun yang lalu, dan selepas konflik di Syria meletus pada Mac 2011, beliau memutuskan untuk membawa keluarganya ke Lubnan bersama beliau.
Kassem mempunyai dua adik beradik lelaki dan tiga orang adik beradik perempuan, namun beliau tidak memberitahu secara lanjut mengenai keluarganya dan kehidupan beliau sebelum beliau menjadi seorang pelarian. Abang ketiga beliau meninggal dunia dalam konflik itu, “terbunuh di Aleppo pada permulaan peperangan,” katanya, tanpa memberi maklumat yang lebih lanjut. Kehidupan beliau pada masa ini telah dikuasai dengan sukan papan luncur.
“Aktiviti meluncur ini adalah seperti seni. Ia membolehkan saya untuk mengekspresikan diri saya,” katanya.
“Saya menjadi orang lain. Saya kini lebih yakin terhadap diri saya.”
Penglibatan Kassem dalam sukan luncur ini bermula melalui Ali el-Amine, yang menjadi mentornya selepas bertemu dengannya pada tahun 2015. Di pantai berpasir Jiyeh, sebuah tempat popular bagi peluncur, Amine telah melihat Kassem semasa berada di gelombang laut yang bergelora itu dengan menggunakan papan sementaranya.
“Beliau (Kassem) cuba untuk meluncur dengan sekeping polistirena yang beliau potong ia menjadi sebuah bentuk papan luncur,” kata Amine berusia 34 tahun itu yang mengendalikan sebuah sekolah meluncur di Jiyeh.
“Dia sangat kurus dan tidak memakai apa-apa kecuali seluar pendek. Saya takut dia akan lemas,” katanya.

Penglibatan Kassem dalam sukan luncur ini bermula melalui Ali el-Amine, yang menjadi mentornya selepas bertemu dengannya pada tahun 2015. – AFP

Tetapi selepas memerhatikannya selama beberapa minit, ketakutan Amine mulai reda.
“Dia tahu apa yang dia lakukan,” katanya.
Kassem telah menghabiskan masa berjam-jamnya dengan mengamati para peluncur lainnya yang berada di perairan Jiyeh sebelum memutuskan untuk mencubanya sendiri.
“Saya tidak tahu bahawa sukan ini wujud. Kali pertama saya menyaksikan peluncur-peluncur ini, saya mahu untuk mencubanya,” katanya dengan senyuman.
Amine memutuskan untuk mengambil Kassem di bawah penjagaannya, memberikannya satu tempat di sekolah luncur beliau itu serta menghadiahkannya sut renang dan juga papan luncur “dengan syarat beliau sentiasa dalam keadaan yang baik semasa berada di dalam kelas dan berkelakuan baik dengan ibu bapanya.”
Dan dua tahun kemudian, beliau menunjukkan prestasi yang baik, kata Amine, yang menganggap Kassem seperti ‘anak lelakinya’ sendiri.
“Dia mempunyai prestasi yang lebih baik daripada beberapa orang yang telah membuat peluncuran selama bertahun-tahun,” katanya.
Kassem telah terjebak dengan sukan ini, dan merasa yakin bahawa ia dalam membantunya dalam “membina kehidupan yang lebih baik.”
Semasa musim panas, beliau bekerja di sekolah Amine, membaiki papan-papan luncur, mengalu-alukan para pelanggan dan membantu mereka. Kerja ini memberikan beliau pendapatan yang akan membantu keluarganya, bersama-sama dengan gaji bapanya dan juga bantuan daripada agensi pelarian PBB.
“Keluarga saya benar-benar menyokong saya dalam sukan luncur ini. Mereka tidak mempunyai masalah dengannya,” katanya.
“Kini saya telah mengajar adik lelaki saya bagaimana untuk meluncur, dan saya juga akan mengajarnya kepada adik perempuan saya.”
Tetapi, sementara Kassem sudah terbiasa dengan kehidupan di Lubnan, beliau masih mengimpikan untuk kembali semula ke kampung halamannya. Maltamat utama saya adalah “untuk menjadi peluncur profesional di Syria dan membuka sekolah luncur di Latakia apabila peperangan sudah berakhir.”
Latakia adalah sebuah destinasi tepi pantai yang popular. Untuk membantu Kassem mencapai matlamatnya, Amine telah menubuhkan sebuah kempen dalam platform GoFundMe crowdfunding.
Projek sekolah itu mungkin masih jauh, tetapi Kassem sudah mempunyai nama untuknya: “Ianya akan dipanggil Surf Syria,” katanya. – AFP