Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suria FM ambil Shuib sebagai penyampai baharu

    Kekosongan yang ditinggalkan oleh Fizi Adli di Suria FM akhirnya terjawab apabila Shuib akan menyertai stesen radio berkenaan.

    Nama Shuib diumumkan sebagai penyampai baharu ketika siri ‘Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell’ yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

    Shuib bakal memulakan tugas sebagai penyampai radio menerusi segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya Borhan pada Isnin. Menurut Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, pihaknya sudah lama mengintai peluang bekerjasama dengan Shuib.

    Namun hasrat itu kembali direalisasikan selepas ada kekosongan apabila Fizi Ali meninggalkan stesen.

    “Sebenarnya kami sudah lama berharap dapat bekerjasama dengan Shuib tapi baru sekarang Allah permudahkan. Shuib juga sangat terbuka untuk kerjasama.

    “Semoga penglibatan Shuib ini dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pendengar. Sekali gus kemasukan Shuib melengkapkan kembali trio segmen pagi seperti sebelum ini,” katanya.

    Segmen Morning Morning Suria yang sebelum ini dikenali sebagai Team Pagi Suria bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi. Sebelum itu, Fizi Ali membuat kejutan apabila meninggalkan stesen itu hujung Julai lalu. Fizi kemudiannya mengumumkan dia akan menjadi penyampai di stesen Hot FM. – Agensi

    Shuib dinamakan penyampai baharu Suria FM bagi menggantikan Fizi Ali dalam segmen Morning Morning Suria. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda