Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya adakan majlis peringati kelahiran penyair termasyhur

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Buku kanak-kanak bertajuk Mummy To The Rescue telah dilancarkan sempena memperingati kelahiran penyair termasyhur, Rabindranath Tagore yang ke-161, pada majlis yang diadakan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam di Kampung Tanah Jambu, hari ini.

    Bagi menandakan pelancaran buku tersebut, penandatanganan buku disempurnakan oleh kedua-dua penulis buku yang merupakan adik-beradik, Dr Malai Zeity binti Sheikh Abdul Hamid dan Dr Malai Haniti binti Sheikh Abdul Hamid.

    Majlis berkenaan dianjurkan bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona dengan kerjasama Persatuan Bacaan dan Celik Huruf dan acara tersebut dimeriahkan lagi dengan sesi mari bercerita menggunakan salah satu buku hasil karya Rabinadranath Tagore yang disampaikan oleh Persatuan Bacaan dan Celik Huruf. Rabindranath Tagore merupakan salah seorang penulis kesusasteraan yang telah menerima beberapa anugerah terkemuka seperti The Nobel Prize dalam bidang kesusasteraan di samping menghasilkan karya Kabuliwala.

    Hasil karya tersebut dibacakan kepada kanak-kanak yang hadir oleh ahli Rela sementara karya syair beliau pula disampaikan oleh Aslam Iqbal, suami kepada PYT Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei.

    Ahli Rela semasa membacakan buku hasil karya Rabindranath Tagore kepada kanak-kanak yang hadir yang turut disaksikan oleh PYT Nahida Rahman Shumona pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...