Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suruhanjaya M’sia adakan solat hajat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Dalam usaha pemulihan wabak COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia serta mencari perlindungan untuk keselamatan rakyat Palestin, Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah mengadakan majlis solat Hajat di suruhanjaya berkenaan di Jalan Kebangsaan, kelmarin.

    Majlis yang dihadiri oleh rakyat Malaysia yang menetap di negara ini itu dianjurkan oleh suruhanjaya tinggi berkenaan sebagai solidariti terhadap situasi yang berlaku di Malaysia dan Gaza.

    Charge d’affaires di suruhanjaya tinggi berkenaan, Nadia Azura Mohd Nudri berkata, “Walaupun kita berada dalam keadaan selamat dalam situasi pandemik terkawal di Brunei, kita memutuskan untuk tidak meneruskan tradisi rumah terbuka tetapi mengadakan program ini sebagai gantinya.

    “Selain doa untuk keluarga, saudara dan rakan kita di Malaysia juga di Gaza dan kami berharap bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kami dan memberkati usaha kami,” jelasnya.

    Dalam ucapan ringkasnya kepada rakyat Malaysia, beliau turut menekankan sokongan terhadap program vaksinasi kebangsaan dan menggariskannya sebagai tanggungjawab individu kepada negara untuk mencapai imuniti.

    Warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia ketika mengadakan solat berjemaah memohon keberkatan daripada Allah SWT untuk pemulihan daripada wabak dan keselamatan Palestin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda