Thursday, May 22, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suruhanjaya Tinggi Bangladesh adakan majlis rai kemerdekaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam telah mengadakan majlis resepsi kelmarin sempena ulang tahun kemerdekaan ke-54 Bangladesh yang disambut pada 26 Mac setiap tahun.

    Acara berkenaan berlangsung dengan meriah di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong dan dihadiri oleh pelbagai lapisan jemputan kenamaan serta anggota komuniti Bangladesh.

    Hadir mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Datin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Juanda dan Datin semasa menghadiri majlis berkenaan.

    Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Naureen Ahsan, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta keramahan rakyat Brunei sejak beliau memulakan tugas secara rasmi.

    Puan Yang Terutama Naureen Ahsan menyampaikan ucapan alu-aluan.

    Hubungan diplomatik antara Bangladesh dan Brunei yang terjalin sejak 1984 terus berkembang kukuh, didasari nilai bersama, saling menghormati serta kerjasama dalam pembangunan.

    Sektor tenaga dan tenaga kerja merupakan antara aspek penting hubungan dua hala yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

    Atas & Bawah: Antara yang hadir ke majlis berkenaan.

    Beliau menyatakan bahawa lebih daripada 15,500 warga Bangladesh kini bekerja di Brunei meliputi sektor pembinaan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan industri minyak dan gas.

    Malah, sekitar 300 buah syarikat milik warga Bangladesh turut menyumbang dalam pembangunan infrastruktur negara ini.

    Bangladesh juga optimis untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pelaburan, pertanian, pelancongan, pendidikan, budaya, sukan, perubahan iklim dan pertahanan.

    Lawatan Baginda Sultan ke Bangladesh pada tahun 2022 disifatkan sebagai detik penting yang melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi, di mana beberapa perjanjian penting telah dimeterai dan kini sedang dalam proses pelaksanaan.

    “Salah satu keutamaan saya ialah untuk merealisasikan penerbangan terus antara ibu negara kedua-dua negara, bagi memudahkan akses kepada peluang pelaburan, pasaran dan pelancongan,” tambah beliau.

    Mengenai isu perubahan iklim, beliau menekankan potensi kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang adaptasi iklim, pembangunan teknologi pertanian tahan suhu tinggi dan keselamatan makanan.

    Beliau turut menyatakan harapan agar Brunei menyokong hasrat Bangladesh untuk menjadi rakan dialog sektoral ASEAN, selain meneruskan kerjasama dalam pelbagai forum pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Komanwel.

    YB Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Juanda menerima penghargaan daripada PYT Naureen Ahsan.
    Acara memotong kek semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    “Kita perlu merapatkan hubungan dan menyatukan usaha, kapasiti serta sumber untuk menghadapi cabaran bersama dan meneroka peluang pertumbuhan baharu” jelas beliau.

    Majlis turut diserikan dengan sesi memotong kek yang disempurnakan oleh PYT dan tetamu kehormat diikuti dengan persembahan kebudayaan serta jamuan makan malam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/