Wednesday, May 1, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya Tinggi Bangladesh peringati Hari Mujibnagar

    Oleh Lyna Mohamad –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini, hari ini, telah meraikan Hari Mujibnagar yang bersejarah dengan penuh takzim dan penghormatan melalui program yang diadakan di suruhanjaya berkenaan di Kampung Tanah Jambu dengan kehadiran ekspatriat Bangladesh.

    Semasa program itu, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona memberikan penghormatan yang tinggi kepada bapa negara mereka, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, empat pemimpin negara, dan para syuhada perang pembebasan gemilang mereka dan membacakan mesej daripada presiden dan perdana menteri pada Hari Mujibnagar yang bersejarah.

    Program telah dimulakan dengan pengibaran bendera kebangsaan Bangladesh diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan bertafakur selama satu minit bagi Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, ahli keluarganya, empat pemimpin Bangladesh iaitu Syed Nazrul Islam, Tajuddin Ahmed, Kapten M Mansur Ali dan AHM Kamaruzzaman serta para syuhada perang pembebasan gemilang.

    Sebuah dokumentari mengenai Hari Mujibnagar turut ditayangkan, mencerminkan kepentingan sejarah pembentukan kerajaan sementara Bangladesh di kampung kecil yang dilitupi pokok mangga di Baidyanathtala, kini di bawah daerah Meherpur.

    PYT Nahida Rahman Shumona hadir semasa pengibaran bendera kebangsaan Bangladesh. – GAMBAR OLEH LYNA MOHAMAD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...