Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suruhanjaya Tinggi India rai Hari Republik ke-76

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Suruhanjaya Tinggi India pagi tadi meraikan Hari Republik India yang ke-76 dengan upacara pengibaran bendera kebangsaan Republik India dengan semangat penuh patriotik di premis suruhanjaya berkenaan di Jalan Kota Batu.

    Hadir di upacara berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri, yang merasmikan upacara dengan mengibarkan bendera kebangsaan Republik India.

    Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, di-ikuti dengan TYT Alok Amitabh Dimri berkongsi petikan daripada ucapan yang disampaikan oleh Presiden Republik India, PYT Droupadi Murmu pada malam Hari Republik.

    Upacara itu bukti semangat India yang berterusan, yang melambangkan nilai-nilai demokrasi, kepelbagaian dan kemajuan. Ia merupakan peluang bagi komuniti India di Brunei Darussalam untuk bersatu padu dan menyatakan kebanggaan bersama terhadap warisan budaya mereka serta pencapaian negara.

    Upacara pagi tadi turut disertai jemputan khas dan warganegara India yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam bagi sama-sama memeriahkan lagi upacara berkenaan.

    Suruhanjaya Tinggi Republik India mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyertai sambutan Hari Republik India ke-76, memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama antara India dan Brunei Darussalam.

    TYT Alok Amitabh Dimri semasa berkongsi petikan daripada ucapan yang disampaikan oleh Presiden Republik India. – GAMBAR OLEH FADHIL YUNUS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda