Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suruhanjaya Tinggi Malaysia adakan rumah terbuka Aidilfitri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Amalan tradisi majlis rumah terbuka adalah peluang yang baik bukan sahaja bagi sanak saudara untuk berkunjung tetapi memberikan peluang kepada rakan-rakan baharu serta lama untuk mengeratkan silaturahim dan persahabatan yang sedia terjalin.

    Sehubungan itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi rakyat Malaysia yang berada di negara ini.

    Hadir mengalu-alukan para jemputan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri, Datin Roslina Ismail.

    Majlis yang berlangsung di premis suruhanjaya berkenaan di Jalan Kebangsaan, antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Pada majlis berkenaan, para jemputan dihiburkan dengan lagu-lagu Hari Raya oleh warga suruhanjaya berkenaan dan dihidangkan dengan masakan Melayu serta kuih-muih, yang lazimnya menjadi hidangan juadah Hari Raya.

    TYT Dato’ Raja Reza dan isteri, Datin Roslina bergambar ramai bersama para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
    Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda