Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Suruhanjaya Tinggi Malaysia anjur Karnival Sukan

Oleh Lyna Mohamad

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Suruhanjaya Tinggi Malaysia baru-baru ini telah mengadakan Karnival Sukan bagi memperingati Hari Sukan Negara.

Karnival tersebut melibatkan kira-kira 200 orang warganegara Malaysia yang menetap di negara ini dan berlangsung di premis Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Jalan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti sukan menarik diadakan sepanjang acara itu termasuk Zumba, berjalan santai, tarik kalat dan permainan kanak-kanak.

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

Dalam ucapannya semasa acara tersebut, Tuan Yang Terutama menyeru komuniti Malaysia untuk sentiasa mengamalkan cara hidup aktif dan sihat bagi mencegah penyakit dan meluahkan harapan agar warga Malaysia di Brunei terus melibatkan diri secara aktif dalam acara-acara yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia merancang untuk mengadakan beberapa acara sukan sepanjang bulan ini untuk komuniti Malaysia di sini seperti permainan tradisional, badminton, bola jaring dan kejohanan golf.

Hari Sukan Negara bertujuan untuk merealisasikan harapan dan inspirasi untuk menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk yang aktif dalam sukan dan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bersukan dalam membina masyarakat yang sihat dan aktif.

TYT Dato’ Raja Reza bergambar ramai dengan komuniti Malaysia yang menyertai Karnival Sukan, baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -