Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Susah bernafas, Han So Hee buat pembedahan hidung

    Pelakon Korea, Han So Hee akhirnya menjawab dakwaan mengatakan dia melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya.

    Menurut Han So Hee, pembedahan tersebut bukannya untuk tujuan kecantikan sebaliknya kerana masalah kesihatan.

    “Saya risau kerana hidung saya masih lagi bengkak selepas pembedahan.

    “Saya sebenarnya tidak meletakkan sebarang silikon sebaliknya ia menjadi tinggi selepas doktor menegakkan hidung saya,” katanya.

    Menurut laporan mStar, Han So Hee juga memberitahu masalah alahan menyebabkan kualiti hidupnya terjejas dan hanya boleh bernafas menggunakan satu lubang hidung.

    Namun dia kini bersyukur apabila mampu bernafas seperti orang lain. “Hidung saya bengkok, jadi saya hanya boleh bernafas melalui satu lubang hidung dan saya berdengkur.

    “Tapi pembedahan ini hanya untuk sementara waktu namun saya bersyukur mampu bernafas menggunakan kedua-duanya sekarang,” luahnya. – Agensi

    Doktor hanya tegakkan hidung Han So Hee. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda