Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Sushi Tei bakal membuka cawangan terbaharunya di Pusat membeli-belah One City yang akan dirasmikan esok (9 April).
Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke cawangan berkenaan bagi menikmati makanan masakan Jepun pada harga berpatutan.
Bersempena dengan pelancaran berkenaan, para pelanggan akan menerima potongan harga sebanyak 30 peratus bagi beberapa pilihan makanan yang ditawarkan di restoran berkenaan.
Dalam pada itu, baru-baru ini, Sushi Tei telah melancarkan menu Lunch Deal di cawangan One City, yang memberikan peluang kepada pelanggan menikmati lapan jenis hidangan yang ditawarkan.
Sushi Tei kini mempunyai empat buah cawangan di seluruh negara iaitu Pusat Membeli-belah Freshco; Pusat membeli-belah Aman Hills; Pusat Membeli-belah One City dan Pusat Membeli-belah KBSentral, Kuala Belait.
