Pelakon Bollywood, Rohman Shawl tidak mampu untuk membelikan berlian kesukaan bekas kekasihnya iaitu aktres Sushmita Sen sewaktu mereka sedang menjalin hubungan cinta.
Hindustan Times melaporkan, Rohman memberitahu dia masih belum berkemampuan namun tidak menolak untuk membelikan pelakon berkenaan berlian kegemarannya satu hari nanti.
“Buat masa ini, saya tidak mampu membelikan jenis berlian yang dia (Sushmita) suka. Jika pada masa depan saya sudah mampu, saya akan membelikan untuknya,” katanya memetik laporan mStar.
Dalam pada itu, Rohman berkata pelakon filem Taali itu menyukai berlian jenis 22 karat dan disebabkan itu dia mengambil masa untuk mendapatkannya.
Meskipun sudah tidak lagi bergelar pasangan kekasih, hubungan Rohman dan Sushmita masih lagi baik malah sering dilihat menghadiri acara bersama-sama.
Untuk rekod, Rohman dan Sushmita mula bercinta sejak 2018 namun berpisah pada Disember 2021. – Agensi
