BEIJING, 16 Julai – Seorang lelaki telah ditangkap kerana dipercayai mencetuskan kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di timur China, membunuh 22 orang dan mencederakan tiga yang lain, kata media kerajaan.
Suspek bernama Jiang, kini ditahan polis, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Kebakaran berlaku sekitar jam 4:32 pagi (20:32 malam GMT) di Bandar Yushan barat laut Shanghai di wilayah Jiangsu, sebelum ia dipadamkan satu jam kemudian.
Polis tempatan tidak memberi maklumat lanjut mengenai suspek, kata Xinhua.
Tiga yang cedera tidak berdepan kecederaan mengancam nyawa, tambah agensi itu lagi. – AFP