Suspek culik kanak-kanak perempuan didakwa

PERTH, 4 NOV – Lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari pekan Carnarvon akan didakwa di mahkamah hari ini.

Cleo Smith dilaporkan hilang 19 hari lalu dari khemah keluarganya di pedalaman barat Australia bulan lalu, sehingga mencetuskan misi pencarian di air, udara dan daratan membabitkan 100 anggota polis dan sukarelawan.

Ketua Detektif Polis Australia Barat, Superintendan Rod Wilde, berkata suspek berusia 36 tahun itu dipercayai bertindak sendirian bagi menculik kanak-kanak berkenaan.

“Suspek akan didakwa hari ini,” katanya sambil memaklumkan pencarian kanak-kanak itu berhasil selepas pihaknya menyerbu sebuah rumah di pinggir pekan Carnarvon yang terletak tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Suspek sudah ditahan sehari selepas disyaki sebagai suspek dalam kes yang cukup meninggalkan kesan kepada seluruh Australia,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, suspek turut dibawa ke hospital untuk rawatan selepas mengalami kecederaan ketika dalam tahanan.

“Dia sudah dibawa kembali ke balai polis dan sedang diambil keterangan pegawai penyiasat,” katanya yang tidak mendedahkan pertuduhan khusus yang dihadapi suspek.

Banyak pihak bimbang misi pencarian bakal berakhir dengan tragedi, namun sebaliknya kanak-kanak perempuan itu ditemukan dalam keadaan baik dan sihat. – AFP

Cleo Smith bersamaibunya, Elie Smith meninggalkansebuahrumahselepasbermalam di sanasejurus Cleo, 4, diselamatkan di Carnavon, Australia. Polis mengatakansuspekculikakandidakwakeranamenculik Cleo daripadakhemahkeluarganya 18 hariharilalu. –AP