Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek curi berdepan dakwaan tambahan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Seorang lelaki yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan curi dan melakukan kerosakan pada mesin ATM kini berdepan lagi dengan dakwaan tambahan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Nor’ Adliatul Hidayah binti Haji Zaidi mengemukakan tuduhan menyalahgunakan dua kad bank dan menceroboh kawasan sebuah rumah dengan niat untuk mengganggu penghuni rumah terhadap Mohd Suhaimi bin Mohd Sufri, 23, yang mengaku tidak bersalah bagi kesemua tuduhan tersebut.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Omar Ali, Seria pada 8 Julai 2017 dan di Jalan Bunga Melor, Seria pada 16 Jun 2017.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman di Penjara Jerudong sehingga sebutan seterusnya pada 27 Julai bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda