Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek curi diberkas, dipenjara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Balai Polis Bangar telah menerima satu laporan mengenai kes kecurian pada 25 Mac lalu di Pondok Gerai Koperasi Pengangkutan Bersatu Temburong, Kampung Rataie.

    Menurut laporan yang dibuat oleh mangsa (pemilik), beliau mengatakan gerai miliknya telah dicerobohi di mana kabinetnya telah diselongkar dan mendapati barangan jualan di gerai berkenaan telah hilang dipercayai dicuri.

    Berikutan laporan itu, keanggotaan daripada Balai Polis Bangar telah berjaya membawa kepada penahanan ke atas seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

    Suspek berkenaan, dikenali sebagai Awang Jaafar bin Budin (gambar bawah), seorang warga tempatan berusia 47 tahun dan tidak memiliki sebarang pekerjaan.

    Pada 27 Mac lalu, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 380, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu kesalahan curi dalam bangunan.

    Walau bagaimanapun, hasil daripada sebutan kes, pihak mahkamah telah menjatuhi hukuman ke atas tertuduh di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 atas kesalahan curi dengan dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu di Penjara Maraburong bermula pada 27 Mac lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda