PERANCIS, 13 FEB – Suspek utama kes pembunuhan seorang pelajar sekolah berusia 11 tahun di Perancis, yang ditemui di dalam hutan dengan pelbagai kesan tikaman, didakwa selepas mengaku melakukan jenayah itu, kata pendakwa raya kelmarin.
Dalam satu pembunuhan yang mencetuskan kejutan meluas, mayat gadis itu, yang dikenali sebagai Louise, ditemui Sabtu lalu berhampiran dengan sekolahnya.
Dia telah hilang sejak meninggalkan sekolah di bandar pinggir bandar Epinay-sur-Orge kira-kira 20 kilometer di selatan Paris Jumaat lepas.
Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun Isnin lalu yang mana DNAnya ditemui di tangan Louise, menurut pendakwa raya.
“Suspek utama mengaku terhadap pertuduhan terhadapnya semasa dalam tahanan,” kata pendakwa raya, Gregoire Dulin, dalam satu kenyataan.
Pejabat pendakwa raya kelmarin berkata dia telah didakwa dan direman dalam tahanan.
Pendakwa raya berkata mereka juga telah mendakwa teman wanita lelaki itu, 23, kerana gagal melaporkan jenayah tersebut. Ibu bapanya turut ditahan atas tuduhan yang sama.
Dulin telah berkata bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahawa keganasan seksual telah dilakukan.
Media Perancis menyifatkan suspek sebagai ketagihan dengan permainan video dan Dulin berkata kelmarin bahawa dia mungkin mencari seseorang untuk dirompak dalam cubaannya untuk menenangkan diri selepas pertengkaran semasa permainan video dalam talian. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P20-4D-web_14022025.jpg)