Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek didakwa rancang pembunuhan presiden Colombia maut

    BOGOTA, 18 MAC – Seorang lelaki yang dituduh merancang membunuh Presiden Colombia Gustavo Petro terbunuh dalam satu operasi keselamatan, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor agensi Anadolu.

    Menteri Pertahanan, Pedro Sanchez berkata Santander Franco Jimenez, atau dikenali sebagai ‘Omar,’ seorang anggota kumpulan Clan del Golfo sebuah kumpulan sayap kanan yang kini bertukar menjadi sindiket penyeludupan telah ditumpaskan dalam operasi di kawasan luar bandar El Dovio, wilayah Valle del Cauca.

    Jimenez dikehendaki atas pelbagai jenayah, termasuk dakwaan merancang pembunuhan terhadap Petro.

    Sanchez turut memaklumkan bahawa pasukan keselamatan merampas sejumlah besar senjata dan peluru dalam operasi itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda