Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek disyaki bunuh ibu bapa dan empat yang lain ditahan di Texas

    HOUSTON, 7 DIS – Seorang suspek ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh ibu bapanya serta empat yang lain di negeri Texas Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Shane James Jr, 34, disyaki menembak ibu bapanya dengan ‘pistol berkaliber besar’ antara 10 malam Isnin lalu dan 9 pagi Selasa lalu di kawasan San Antonio, menurut Sherif Bexar County, Javier Salazar di sidang akhbar pada petang kelmarin.

    Menurut Salazar, James mempunyai masalah kesihatan mental dan telah diberhentikan daripada pasukan tentera selepas insiden keganasan rumah tangga.

    Empat lagi yang maut dan dua anggota polis ditembak di lokasi berbeza di Austin, kira-kira 129 km dari San Antonio pada Selasa, menurut polis.

    Suspek ditahan selepas kereta yang dipandunya terbabit kemalangan semasa melarikan diri dalam kejadian berbalas tembak dengan polis.

    Anggota polis turut mengalami ‘beberapa kesan tembakan’, kata ketua polis sementara Austin Robin Henderson kepada wartawan kelmarin.

    Suspek dijangka kekal dalam tahanan sementara menunggu perbicaraan, kata Pejabat Peguam Daerah, Travis dalam satu kenyataan kelmarin. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda