Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Suspek ditahan, cederakan tiga polis

-

HOUSTON, 28 JAN – Seorang suspek terlibat dengan insiden kejar-mengejar dengan polis kelmarin berakhir dengan suspek mencederakan tiga pegawai dalam kejadian berbalas tembak, mencuri kereta dan mengurung dirinya di dalam rumah selama berjam-jam sebelum menyerah diri, kata pihak berkuasa.

Kejadian bermula kira-kira jam 2:40 petang waktu tempatan ketika polis menjawab panggilan mengenai gangguan di sebuah rumah di timur laut Houston, ketua polis, Troy Finner berkata pada sidang akhbar.

Ketiga-tiga polis yang cedera berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke Hospital Memorial Hermann. Dua pegawai dibawa menggunakan kenderaan pegawai peronda lain manakala Jabatan Bomba Houston membawa mangsa ketiga.

Seorang daripada polis itu ditembak di lengan, seorang lagi ditembak di kaki dan yang ketiga ditembak di tapak kaki, kata Doug Griffith, presiden Kesatuan Pegawai Polis Houston.

“Kami bernasib baik kerana mereka baik-baik sahaja,” kata Finner.

Polis menjawab laporan mengenai tembakan di rumah teman wanita suspek, menurut Griffith. Apabila polis tiba, suspek, yang namanya tidak didedahkan, melarikan diri menaiki kenderaan dan menyebabkan polis mengejar sejauh beberapa batu.

Kejar-mengejar berakhir apabila kenderaan suspek terbabas di persimpangan di kawasan perumahan berhampiran Interstate 69 di pinggir tenggara pusat bandar Houston.

“Polis, ketika mereka keluar dari kenderaan, suspek segera melepaskan tembakan ke arah mereka sehingga mengenai tiga polis. Semua polis membalas tembakan,” kata Finner. – AP

Pihak berkuasa berkata, pengejaran polis di Houston berakhir dengan tembak-menembak yang mencederakan tiga pegawai. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -