Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek edar dadah lebih 100g didakwa

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Pendakwa raya pada 8 Julai lalu mengemukakan pertuduhan ke atas seorang suspek pengedar dadah yang mana salah satu kesalahan tersebut membawa hukuman mati.

    Mohamad Sharifudin bin Haji Abdullah, 38, warga tempatan berdepan pertuduhan mengedar 193.5 gram methylamphetamine tulen dalam ketulan kristal 247.04 gram di sebuah rumah di Jalan Mengkubok/Balingkawang, Teres Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut, Kuala Belait pada 20 Februari lalu.

    Pertuduhan itu boleh membawa hukuman mati kerana jumlah dadah yang dimiliki melebihi 100 gram methylamphetamine.

    Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri Kiprawi dan Pendakwa Raya, Syafina Abdul Hadzid seterusnya mengemukakan pertuduhan pemilikan terhadap defendan yang membabitkan 8.19 gram meth tulen dalam 11.05g kristal pada kejadian yang sama.

    Daripada transaksi yang sama, defendan didakwa telah mengambil dadah yang sama. Dia juga dikatakan memiliki peralatan untuk mengambil dadah kelas A.

    Majistret Syaffina Shahif kemudian menetapkan 22 dan 23 November ini untuk siasatan awal bagi mendengarkan berhubung kes tersebut. Dalam pada itu, defendan dilihat tidak mempunyai peguam dalam sebutan itu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda