Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek Jambatan London bekas banduan

    LONDON, 1 DIS – Lelaki yang disyaki menikam dua orang sehingga mati semalam dalam serangan pengganas di Jambatan London adalah bekas banduan yang disabitkan dengan kesalahan keganasan tetapi dibebaskan tahun lalu, kata polis, hari ini.

    Polis mengenal pasti lelaki berkenaan yang mati ditembak polis sebagai Usman Khan berusia 28 tahun sambil menambah, pihaknya yakin tiada suspek lain terbabit dalam kejadian itu.

    “Dia sememangnya dikenali polis kerana pernah disabit-kan kesalahan keganasan pada 2012 namun dia dibebaskan dari penjara pada Disember 2018 dengan pemerhatian,” kata Penolong Pesuruhjaya Neil Basu dalam kenyataan.

    “Khan tinggal di Staffordshire di tengah England dan pegawai sedang mencari rumahnya di kawasan berkenaan.

    “Difahamkan, penyerang sempat menghadiri satu acara pada awal petang semalam di Fishmonger Hall dikenali sebagai ‘Learning Together.’

    “Kami percaya serangan itu bermula di sana sebelum dia meninggalkan bangunan itu dan menuju ke Jambatan London di mana dia ditahan dan ditembak oleh pegawai bersenjata,” kata Basu dalam kenyataan. – AFP

    Gambar tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Polis West Midlands menunjukkan Usman Khan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda