Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    ‘Suspek juga mahu bunuh presiden Argentina’

    LONDON, 13 SEPT – Presiden Argentina Alberto Fernandez pada Isnin mendedahkan bahawa individu di sebalik cubaan bunuh Naib Presiden Cristina Fernández de Kirchner juga berhasrat mahu membunuhnya.

    Fernandez berkata demikian selepas anggota penyiasat berjaya memperoleh maklumat baharu, lapor Agensi Anadolu.

    “Perbualan penjenayah itu didedahkan dan mangsa seterusnya adalah saya,” katanya, merujuk kepada dua orang suspek iaitu Fernando Sabag Montiel dan Brenda Uliarte, yang telah didakwa.

    Menurut saluran TV Sepanyol Telecinco, anggota penyiasat percaya pasangan itu merancang untuk membunuh de Kirchner dengan pertuduhan terhadap kedua-duanya mungkin disemak semula ketika pihak berkuasa meneruskan siasatan mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...