BUENOS AIRES, 28 SEPT – Suspek kelima telah ditahan berhubung penyeksaan dan pembunuhan dua wanita serta seorang remaja perempuan di Argentina yang disiarkan secara langsung, menurut pihak berkuasa, dalam satu kes yang mengejutkan negara Amerika Selatan itu.
Mayat Morena Verdi dan Brenda Del Castillo, sepupu, masing-masing berusia 20 tahun serta Lara Gutierrez yang berusia 15 tahun ditemui ditanam pada Rabu di halaman sebuah rumah di pinggir selatan Buenos Aires, lima hari selepas mereka dilaporkan hilang.
Pada Jumaat, Menteri Keselamatan Negara, Patricia Bullrich telah mengumumkan penahanan suspek kelima, menjadikan jumlah keseluruhan tiga lelaki dan dua wanita. – AFP


