MIRI, 10 Jan – Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau di sebuah rumah sewa di Permyjaya di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek berasal dari Kuala Lumpur itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 2.30 petang ini untuk mendapatkan perintah reman.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)