Khamis, November 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek kes Charlie Kirk didakwa atas kesalahan membunuh

    LOS ANGELES, 17 SEPT – Tyler Robinson, suspek yang dituduh membunuh aktivis politik Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk telah didakwa secara rasmi atas kesalahan membunuh, menurut pihak berkuasa Utah, kelmarin.

    Selain itu, Robinson turut berdepan beberapa pertuduhan lain termasuk menghalang siasatan, melepaskan tembakan menggunakan senjata api hingga menyebabkan kecederaan serius, mengganggu saksi serta melakukan jenayah keganasan di hadapan kanak-kanak, kata Peguam Daerah Utah, Jeff Gray semasa sidang akhbar.

    Gray berkata pihak pendakwa akan menuntut hukuman mati terhadap suspek, sambil menjelaskan bahawa peluru yang mengenai Kirk hampir mengenai beberapa individu lain.

    Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di hadapan orang ramai pada acara debat terbuka ‘Prove Me Wrong’ di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari, pada Rabu lalu. – Bernama

    Jeff Gray bercakap semasa sidang media di bangunan Kesihatan dan Kehakiman di Provo, Utah pada 16 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda