Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Suspek kes samun wanita dalam video tular ditahan

    KOTA KINABALU, 19 FEB – Seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun seorang wanita berusia 50 tahun yang video kejadian itu tular di media sosial, berjaya ditahan semalam, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris.

    Beliau berkata pada Sabtu lalu, pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kejadian samun melibatkan wanita itu, yang berlaku pada 6:30 pagi Jumaat lalu, di lorong belakang sebuah bank.

    “Mangsa bekerja di sebuah bank berdekatan. Mangsa diserang menggunakan sebatang kayu. Mangsa cedera di kepala dan badan serta mengalami kerugian kira-kira RM5,000, termasuk telefon pintar dan wang tunai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Kalsom berkata kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan, dan pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati pada setiap masa serta berwaspada dengan setiap pergerakan di sekitar mereka.

    Video yang tular itu berdurasi 32 saat menunjukan rakam kamera litar tertutup kejadian tersebut, yang pada awalnya kelihatan mangsa tercampak ke atas jalan, sebelum seorang suspek bertindak memukul mangsa dan merampas beg dibawanya. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Jurutera rugi RM247,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

    SIBU, 21 NOV - Seorang jurutera lelaki berusia dalam...

    Warga emas rugi RM706,000 akibat sindiket panggilan telefon

    KUCHING, 20 NOV - Seorang wanita warga emas 75...

    Polis serbu sarang dadah dalam hutan, tahan 15 lelaki

    SIBU, 20 NOV - Polis menahan 15 lelaki dalam satu...

    Suspek penggodam Rusia ditahan di Pulau Phuket, Thailand

    BANGKOK, 20 NOV - Polis Thailand menahan seorang suspek...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...