SOFIA, 30 JULAI – Pendakwa Bulgaria hari ini bersedia untuk mendakwa suspek ketiga berhubung kecurian dan kebocoran data pembayar cukai, yang dikatakan oleh pihak berkuasa menjejas hampir setiap orang dewasa dalam negara.
Seorang pakar jenayah siber berusia 20 tahun dan pengurus kanannya telah pun didakwa pada minggu lalu melaku ‘keganasan siber’ berhubung serangan itu. Ia melihat ribuan fail agensi dibocor kepada media pada pertengahan Julai.
Kedua-duanya bekerja untuk sebuah syarikat yang sepatutnya menasihat firma lain tentang cara-cara menangkis serangan siber.
Pemilik syarikat, yang berada di luar negara pada masa itu, ditahan pada pagi ini di lapangan terbang Sofia dan akan menghadapi dakwaan yang sama, kata pendakwa dalam satu kenyataan.
Ketiga-tiga lelaki sedang disiasat sebagai satu kumpulan terancang yang ‘bertujuan menyebar panik dan ketakutan di kalangan penduduk’ menerusi jenayah siber.’ – AFP