QUITO, 8 OKT- Seorang lelaki yang merupakan suspek ketujuh dalam pembunuhan seorang calon presiden Ecuador pada bulan Ogos telah dibunuh di dalam penjara di ibu negara Ecuador, kata pihak berkuasa kelmarin, sehari selepas enam yang lain didakwa berkaitan dengan jenayah tersebut turut dibunuh dalam lokap yang berbeza.
Pembunuhan tujuh suspek tersebut berlaku lebih kurang seminggu sebelum Ecuador mengadakan pilihan raya presiden kedua dan ketika pihak berkuasa berusaha untuk menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Sistem penjara mengatakan dalam akhbar bahawa lelaki yang terbunuh tersebut ditahan di penjara di Quito, ibu negara Ecuador. Ia tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai bagaimana perkara itu berlaku dan hanya mengenal pasti lelaki itu sebagai ‘José M’ tanpa menyebut kewarganegaraannya.
Enam lelaki Colombia yang dituduh dalam pembunuhan Fernando Villavicencio, pada 9 Ogos telah dibunuh Jumaat lalu di dalam penjara di Guayaquil.
Presiden Guillermo Lasso, mengadakan mesyuarat kecemasan dengan kabinet keselamatan, yang memutuskan untuk memindahkan baki enam suspek dalam pembunuhan itu ke penjara yang berbeza, menurut kenyataan kerajaan. Ia tidak menyatakan penjara yang mereka hantar atas sebab keselamatan.
Kerajaan juga memecat pengarah sistem penjara dan ketua polis penyiasatan, kata pejabat komunikasi presiden dalam satu kenyataan akhbar.
Pembunuhan ini berlaku ketika Pejabat Pendakwaan dijangka akan mengumumkan segera penutupan peringkat penyiasatan dalam kes pembunuhan Villavicencio, yang ditembak mati ketika meninggalkan himpunan politik. – AP


