Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Suspek pembunuhan 4 lelaki Islam ditahan

    HOUSTON, 10 OGOS – Seorang suspek ditahan berhubung pembunuhan empat lelaki Islam sejak sembilan bulan lalu di Albuquerque, bandar terbesar di negeri New Mexico di AS, menurut polis pada Selasa.

    Polis ‘menjejaki kenderaan yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Islam baru-baru ini di Albuquerque,’ lapor Xinhua memetik ciapan Twitter ketua polis bandar itu Harold Medina.

    “Pemandu itu ditahan dan dia merupakan suspek utama kami bagi kes pembunuhan itu,” katanya.

    Medina bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek, dan belum dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan adalah suspek dalam semua pembunuhan itu.

    Empat lelaki Islam terbunuh dalam sera-ngan hendap di bandar itu sejak November, dan tiga daripada mereka ditembak mati dalam tempoh 10 hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...