Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek pembunuhan pakar PBB ditangkap

    KANANGA, 31 Dis – Seorang ketua kampung dipercayai memberi arahan terhadap pembunuhan dua orang pakar PBB pada Mac di Republik Demokratik Congo telah ditangkap semalam, menurut Jurucakap tentera Congo.

    Pihak berkuasa Congo sejak awal mengatakan suspek, Constantin Tshidime Bulabula merupakan dalang pembunuhan seorang warga Sweden-Chile Zaida Catalam dan warga Amerika Michael Sharp, yang sedang menyiasat mengenai laporan berpuluh-puluh kubur besar di wilayah Kasai yang dilanda peperangan.

    Jurucakap tentera, Anthony Mualushayi mengatakan Tshidime Bulabula, ketua di sebuah bandar di selatan di mana penyiasat itu dibunuh, ditahan kira-kira 100 kilometer (60 batu) dari rumahnya.

    Sejak itu dia dibawa ke Kananga, bersama-sama suspek Tresor Mputu, menurut jurucakap tentera. Catalan dan Sharp dilapor meninggalkan bandar Kananga pada 12 Mac dan mayat mereka ditemui selepas 15 hari kemudian dan Catalan telahpun dipenggal.

    Laporan PBB yang disiarkan pada Jun menjelaskan pembunuhan itu sebagai ‘persediaan yang dirancang’ yang mana pasukan keselamatan negara itu mungkin turut terlibat.

    Kasai telah dilanda kekacauan sejak ketua puak Jean-Prince Mpandi yang dikenali sebagai Kamwina Nsapu terbunuh pada Ogos tahun lepas selepas memberontak menentang rejim Joseph Kabila di Kinkhasa.

    Lebih 3,000 orang telah terkorban dan 1.4 juta lagi melarikan diri, menurut kenyataan pihak Gereja Katolik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda