Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek senjata buatan sendiri dihadap ke mahkamah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Seorang lelaki yang berdepan pertuduhan memiliki senjata buatan sendiri, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Izlin bin Haji Ismail, 44, yang didakwa memiliki senjata buatan sendiri tanpa lesen kira-kira jam 9:55 pagi di sebuah rumah di Kampung Birau, Tutong pada 8 Julai 2019.

    Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman selama dua minggu bagi membantu siasatan polis dan juga menunggu laporan pakar mengenai senjata tersebut.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid bagaimanapun, hanya memberi tempoh sehingga 22 Julai 2019 kepada pihak pendakwaan.

    Kesalahan ke atas tertuduh dijalankan di bawah Seksyen 17(1) Peraturan Senjata dan Bahan Api yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta juga boleh dihukum dengan sebatan tidak kurang dari tiga sebatan dan tidak melebihi daripada 12 sebatan jika didapati bersalah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda