VANCOUVER, 11 SEPT – Seorang hakim Kanada semalam telah memutuskan, lelaki yang dituduh membunuh 11 orang dengan melanggar orang ramai menggunakan kenderaan utiliti sport semasa festival warisan Filipina didapati waras dari segi mental untuk dibicarakan.
Kai-Ji Adam Lo, 30, berdepan dengan beberapa pertuduhan pembunuhan peringkat kedua berkaitan tragedi yang melanda festival Lapu Lapu Day Street di Vancouver, British Columbia, pada 26 April lalu yang turut mengakibatkan perpuluh-puluh orang turut cedera dalam insiden itu.
Kelmarin, pihak polis menyatakan, Lo telah didakwa dengan 31 pertuduhan tambahan cubaan membunuh.
“Dia mampu mengendalikan pembelaannya.Dia mengetahui sifat dan akibat prosiding. Dia mampu dan bersedia berkomunikasi dengan peguamnya,” kata Hakim Mahkamah Wilayah, Reg Harris, semasa mengumumkan keputusannya.
Harris membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan undang-undang daripada peguam pembela, Mark Swartz dan pendakwa mahkamah, Michaela Donnelly. – AP


